PENGENALAN

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ditubuhkan menurut kuasa Seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Tahun 1959 (Pindaan 2004) bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara berkaitan dengan agama Islam. Pentadbiran wakaf sebelum wujudnya MAINPP ditadbir oleh Hindu And Muslim Endowment Board 1901 manakala MAINPP hanya mewujud- kan bahagian-bahagian secara khusus bagi men- gawal selia hal ehwal pentadbiran pada akhir tahun 80-an. Di bawah struktur organisasi MAINPP, unit wakaf berada setaraf dengan unit pentadbiran dan kewangan, sumber am, undang-undang, pembangunan, pelaburan dan akaun. Manakala struktur dalaman unit wakaf hanya terdiri daripada ketua bahagian wakaf yang mengurus wakaf secara keseluruhan, dibantu penolong tadbir pengurusan tanah, asset dan hal ehwal ekonomi.

VISI MISI MOTO
MEMBANGUNKAN SEBUAH ORGANISASI PENGURUSAN WAKAF TERUNGGUL DALAM MENUNAIKAN AMANAH UMMAH MELALUI PEMERKASAAN INSTRUMEN WAKAF. MENGURUS HARTA WAKAF DENGAN EFISEN MELALUI URUS TADBIR BERINTEGRITI DAN BERHEMAH DEMI MASA DEPAN UMMAH.. “MENJANA EKONOMI UMMAH MENERUSI PEMBANGUNAN HARTA WAKAF”


PENUBUHAN

Amalan wakaf memainkan peranan penting  dalam membangunkan agama, masyarakat dan negara. Dalam rangka pembangunan ekonomi umat, Islam mengemukakan pendekatan yang bersepadu dan proaktif bagi membangunkan dan memajukan institusi wakaf. Bahkan wakaf ini perlu diinstitusikan dengan sebaik mungkin untuk menyusun masyarakat dan telah terbukti melalui sejarah betapa institusi ini berperan penting  dalam membangun kekuatan dan kesejahtearan umat Islam sejak berzaman. Institusi wakaf mempunyai tanggungjawap yang besar dalam membangunkan ummah.

  • Image

    CADANGAN

    Cadangan-cadangan yang telah dikemukan di dalam laporan Kajian Cadangan Penubuhan Perbadanan Wakaf Negeri Pulau Pinang ini adalah bersumberkan kepada kajian akademik dan kalangan lapangan.Melalui kajian ini telah dikemukakan beberapa model antaranya model pengurusan dan pengoperasian wakaf yang selari dengan perkembangan semasa yang memerlukan pembaharuan kepada sistem pen- gurusan yang melibatkan pentadbiran,sumber manusia,kewangan dan operasi.

  • Image

    KAJIAN

    Selain itu, kajian ini juga turut memperincikan tentang fungsi, bidang tugas dan obligasi diantara MAINPP dan perbadanan atau syarikat yang bakal ditubuhkan nanti. Ia bertujuan untuk memperjelaskan tentang fungsi,bidang tugas dan obligasi yang perlu dimainkan bagi mengukuhkan peranan Perbad- anan atau Syarikat yang akan menjalankan tanggungjawab mengurus wakaf.

     

  • Image

    LAIN ASPEK

    Dari aspek perjawatan,penggajian dan kemudahan kepada kakitangan juga turut distrukturkan semula bagi mempertingkatkan daya kekuatan dan moral kakitangan untuk melaksanakan tugas dan tanggung- jawab mereka dengan lebih efisen.